Thursday, January 20, 2011

BICARA LADA sambung.....

Tiga hari lepas saya melawat kebun lada Ah pek ini. Kawan yang berminat dalam tanaman lada dan juga tanaman lain. Bukan saja dia tanam lada tapi tanam limau manis, buah naga cempedak dan durian.  Ah pek ini boleh saya katakan orang yang paling berpengelaman dan mahir dalam tanaman lada. Beliau menggunakan tahi ayam fresh ditumbak bersama baja. Mengikut apa yang dipelajar penggunaan tahi ayam fresh memang tidak boleh kerana masalah jangkitan kulat putih akan berlaku. Tapi apa yang saya perhatikan tidak ada apa yang berlaku.  Menurut dia, dia menggunakan sejenis racun kulat yang dispray sekali dalam dua bulan.



Menunjukan tahi ayam yang disimpan dalam tanah




Buah lada Semenggok Aman
Dari situ saya pergi ke satu kebun.  Pekebun ini pandai dan kuat kerja. Kenapa tidak.... dia petik buang hampir semua daun lada yang tua.  Tujuannya ialah supaya bunga nanti keluar daripa setiap buku dahan.  Tapi ini kerja leceh....fikirlah kena buang daun-daun tua......





Bercakap mengenai penggunaan baja organik ...saya terjumpa satu website mengenai Khusie Nature Farming Using EM Teknology.  Disitu saya terbaca tentang Lactic acid bacteria yang terhasil daripada baja EM ...sebenarnya dari gula yang digunakan. "Lactic acid is a strong sterilizer .  It suppresses harmfu microorganisms dan increase rapid decomposition of organic matter.  Moreover lactic acid bacteria enhances the breakdown of organic matter such as lignic and celulose and ferments this materials without causing harmful influences caused by undecomposed organic matter.......

Lactic bacteria has the ability to sppress Fusarium propogation which is a harmful microorganism causing disease problems in continous crooping.  Generally, increased  Fusarium populations weaken plants.  This condition promotes diseases and also results in the sudeen increase of harmful nematodes.  The appearence of nematodes disappear gradually as Lactic acid bacteria suppress the propogation and function of Fusarum.

Diatas adalah satu petikan yang saya ambil mengnenai keberkesanan Lactic acid yang terhasil dari baja EM.

Sekian dulu.....dan berjumpa lagi .














Sunday, January 16, 2011

Bicara Lada sambung....

Pagi minggu ini saya tertemu dengan kawan lama. Kawan ini minat juga pasal lada.  Biasalah ..selalu duduk di kedai kopi  umong-umong apa saja, dari pertanian sehingga politik semasa.  Cakap-cakap maka pasal lada ni timbul lagi. Kawan ni kata teknik menanam lada perlu diubah dari yang konvensional kepada teknik yang moden.  Disebabkan çlimate change maka berjenis penyakit wujud menyerang lada.  Climate change menyebabkan production tidak menentu. Mungkin ini betul kerana tahun ini bunga lada saya keluar tidak seragam sperti tahun lepas.....musim hujan. Beliau merujuk kepada sukses penanaman tomoto, cili dan rock melon dalam green house dimana  penyakit boleh dicontrol, pembajaan boleh dibuat secara sistematik dan semburan air dilakukan untuk pendembungan....tiang sokongan tidak diperlukan tapi dawai boleh digunakan.               Wah... macam boleh juga ni.  Manalah tahu ada orang nak try cara ini.
Kesan musim hujan. Tangkai buah tidak seragam.
Sampai disini sajalay dulu....kalau ada cerita baru saya akan tulis dan bebicara lagi.....

KEBUN LADA HITAM SAYA

Pokok yang telah mengeluarkan hasil
Penanaman  lada telah menjadi satu tanaman tradisi bagi orang Iban di Sarawak. Tanaman yang telah menjadikan ramai orang Iban 'kaya'' dan tanaman komoditi ini masih diminati oleh ramai terutama sekali mereka yang tinggal jauh di pendalaman.  Satu perkara yang fantastik mengenai lada hitam ini ialah ianya boleh disimpan sehingga 5 tahun dan apabila  memerlukan duit atau harga tingggi ianya boleh dijual.  Kalau bawa 1.0 kg pun boleh dijual di mana-mana kedai.

Saya telah mula menanam lada sejak kecil lagi.  Dan sekarang ini saya telah menanam 500 pokok veriti Semenggok Aman  (pix kanan) yang telah membuahkan hasil dan 600 pokok veriti Semenggok Aman (veriti baru).


Pokok lada ini kurang dari satu tahun dan beberpa keratan telah saya ambil dari 100 pokok ini.

Menanam lada tidaklah susah sangat.  Yang penting keratan atau tampang/bibitnya mesti cukup tua, ada akar cengkaman yang cukup dan mestilah tidak dijankiti penyakit.  janganlah ambi yang kurang makan.....
Ada orang kata jaga lada macam jaga budak kecik..Sebenarnya tidak.  Saya cuma bekerja di kebun lada saya sekali atau dua kali sebulan.  Saya tak kisah sangatlah pasal rumput. Saya biarkan aja rumput setinggi lutut. Barulah saya spray menggunakan racun rumpai paraquat atau basta.  Dua jenis racun ini kurang ''membunuh'' pokok lada.  Daripada lawatan saya buat ke kebun-kebun kebanyakan kebun lada musnah disebabkan penggunaan racun rumpai yang berlebihan.....apalagi kalau menggunakan racun sistemik atau racun minyak kata orang tempatan.  Akar lada akan rosak yang menyebabakan akar yang kecil (roots hair) tidak dapat mendapat nutrisi.

Lima bulan yang lepas saya telah menambah jumlah pokok lada.  Kali ini 500 veriti Semenggok Aman ditanam.  Saya beli keratan dari seorang pekebun di Balairingin.. Pekebun ini cukup bepengelaman dan mahir dalam penanaman lada.  Banyak saya belajar dari ah apek ini. Terutama sekali pasal pengurusan penyakit kulat.

Oleh kerana nak menjimatkan masa saya semai terus keratan ditanah...... ni cara tradisi yang diamalkan oleh kebanyakan pekebun di Sarawak.. Memanglah semai di polibeg lebih baik.  Sebulan lepas di semai barulah boleh ditanam di kebun.  Saya bawa empat orang  untuk kerja menanam ini.  Dua orang buat lubang dan mound dan dua orang menanam dan buat lindungan.
Ha....buat lindungan senang aja.  Saya pakai kayu-kayu buruk yang terdapat di kebun. Memanglah cara ini tidak disyorkan. Tapi cari daun pakis sebanyak itu bukan senang.  Nasib ada seorang kawan nasihatkan saya gunakan sejenis racun kulat untuk control kulat.

Pokok berumur 3 bulan dan boleh disunat.
Oleh kerana saya ingin menanam dengan cepat-cepat saya gunakan kayu 'pemula' atau kayu biasa sebagai tiang.  Sudah saya potong stem/disunat baru gunakan kayu keras seperti tegelam.  Kayu keras ni pun saya senang dapat sebab  di kebun saya banyak.  Saya gunakan 7.0 kaki saja.  Kalau pokok lada sudah tumbuh tinggi nanti saya akan sambung setinggi 9.0 kaki.





Selepas buat potongan pertama ....buatlah mounding dan sterusnya di bubuh baja.  Saya gunakan juga baja organik secara selang-seli.  Saya dapat baja organik ini dari mereka yang mendapat baja padi.  Saya belilah dari mereka.  Digunakan juga baja forliar waktu musim kurang hujan. Saya juga buat baja sendiri menggunakan ikan dan gula merah dan seaweeds.  Ini lagi best. Pokok lada akan cepat membesar tapi jagalah dari serangan serangga belalang/grasshopper/buntak.   Spraylah dengan racun karate atau decis sekali-sekala.  

Pokok yang baru dipotong.
Tiga akar dibiarkan tumbuh

Selepas tiga akar tumbuh , kerja mengikat akar (stem) dimulakan. Veriti Semenggok adalah lada ''malas' kerana perlu diikat hampir pada setiap buku. jika tidak ianya tidak akan naik mengikut tiang sokongan.

Rasa hati ingin nak tambah bilangan pokok...maka hujung Disember saya pun bersihkan tanah untuk tanam 500 pokok lagi.

Cukuplsh di sini...saya akan sambung bicara pasal lada ini pada lain hari.
3 bulan lagi keratan boleh diambil.


Kayu yang telah ditebang untuk tanaman baru.